OSCA KUALA KEDAH

Pada 25 Januari 2022, saya telah mengadakan perbincangan bersama Dr Fazlin Suhana binti Othman, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Kedah berkenaan pelaksanaan Program One Stop Centre for Addiction (OSCA) yang akan bermula pada Februari 2022. Kuala Kedah adalah klinik kedua di Negeri Kedah yang akan menjalankan program ini. OSCA ini akan menyediakan perkhidmatan rawatan penagihan terutamanya melibatkan penagihan dadah seperti opiate, methamphetamine dan ketum.

Saya melihat OSCA ini berperanan besar dalam menawarkan perkhidmatan untuk merawat kes-kes relapse klien-klien AADK terutamanya membantu mereka dalam aspek bio-medikal. Selain itu, khidmat nasihat daripada pegawai perubatan, pegawai psikologi, pegawai farmasi dan pegawai pemulihan carakerja (occcupational therapist) dapat dimanfaatkan.

Saya juga telah meminta Skuad AADK untuk membantu mewujudkan satu sudut OSCA di dalam klinik bagi tujuan pendidikan pencegahan dan mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan untuk makluman masyarakat setempat.

Sebenarnya program OSCA ini telah lama saya pohon untuk dilaksanakan di Kuala Kedah. Syukur akhirnya ia telah menjadi kenyataan demi kebaikan masyarakat Kuala Kedah khususnya dan Kota Setar amnya.





Comments