PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH SK SERI PANTAI

Program Kembali Ke Sekolah SK Seri Pantai, Kuala Kedah inisiatif Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar telah diadakan pada 8 Januari 2022. Program ini meliputi pengisian ceramah motivasi dan penyampaian beg sekolah dan peralatan sekolah serta barangan keperluan harian untuk pelajar-pelajar dari keluarga B40 dari kawasan sekitar.

Terima kasih YBhg Dr Mohamad Muzammil bin Mohamad Noor, Pensyarah Kanan Bidang Sejarah dan Pengajian Tamadun, Universiti Sains Malaysia (USM) kerana sudi berkongsi kisah hidup dan memberi motivasi kepada anak-anak Kuala Kedah yang hadir.

Dr Muzammil telah diiktiraf sebagai salah seorang ikon Orang Kelainan Upaya (OKU) negara baru-baru ini. Apa yang membanggakan beliau adalah anak jati Simpang Kuala. Kisah hidup dan kejayaan beliau telah diterbitkan dalam buku ‘Tiada Yang Mustahil’ bersama ikon-ikon OKU yang lain.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu komuniti rentan di Kuala Kedah ini. Insha Allah lebih banyak program akan menyusul dalam gerak kerja masyarakat sivil kami ini.

(Komuniti Rentan adalah merujuk kepada sekumpulan orang yang memerlukan (people in need) yang tinggal bersama-sama di sesuatu kawasan saling berinteraksi, berkongsi kemudahan serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan hidup serta mempunyai masalah, kepentingan dan matlamat yang sama)

                                       



















Comments