TEMUSIHAT GUNUNG

1 Januari tahun baharu 2022 dimulakan dengan program temuseru kesihatan masyarakat di sekitar Gunung Keriang, Kampung Gunung Hilir, Kampung Sematang Gunung, Tanjung Morah dan Kampung Budi. Saya bersama Pasukan Saringan Kesihatan (PASAK) Parlimen Kuala Kedah melakukan pemeriksaan kesihatan percuma terhadap pesakit-pesakit yang diziarah.

Antara pesakit yang dilawati adalah pesakit kanser, strok, darah tinggi, pesakit tulang belakang, OKU cerebral palsy dan warga emas yang berumur 90 tahun. Selain itu, kami juga singgah melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa orang hadirin di satu kenduri di Sematang Gunung.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Penerangan, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah kerana turut serta dalam lawatan ini. Semoga khidmat kami ini bermanfaat kepada penduduk-penduduk di sini.

                                      











































Comments