ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-17

              

Alhamdulilah. Terima kasih kami ucapkan kepada semua saudara mara dan sahabat yang telah mengirimkan ucapan dan doa sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-17. Sesungguhnya setiap hari kami berasa bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang sentiasa memahami.

Dua kunci utama kebahagiaan adalah pasangan/sahabat yang penyayang dan komuniti/persekitaran yang positif. Perkara ini harus sentiasa kita kejar dan beri keutamaan sementara perkara-perkara lain hanyalah bonus. Tiada yang lebih bermakna daripada menghargai orang tersayang dan masa berkualiti bersama mereka.

Kami mendoakan semoga kita semua sentiasa bahagia dan dirahmati di samping keluarga yang tersayang.

Comments