ZIARAH PESAKIT DI SUNGAI BARU GUNUNG

Saya berkesempatan menziarahi seorang pesakit di Sungai Baru Gunung, Anak Bukit yang mengidap ketumbuhan otak. Beliau yang sebelum ini merupakan seorang yang aktif tetapi disebabkan penyakit ini menyebabkan beliau lumpuh anggota sebelah kiri. Berat badannya juga menurun kerana kurang selera makan. Minggu hadapan beliau akan berjumpa semula dengan pakar bedah otak untuk membincangkan tentang rawatan pembedahan selepas lengkap laporan keputusan MRI otaknya. Saya memberi nasihat tentang penjagaan pesakit lumpuh kepada ahli keluarganya dan juga memberi semangat agar pesakit dan keluarga tabah menghadapi ujian penyakit ini.





Comments