PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Pada 10 Februari 2022, kami Timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian Kedah telah menghadiri majlis makan tengah hari bersama YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO bertempat di Dewan Teratai, World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Perbincangan yang berlangsung bersama beliau sangat bermanfaat kepada kami. Beliau memberi nasihat dan pandangan tentang peranan dan khidmat yang boleh kami sumbangkan untuk parti. Terserlah kebijaksanaan dan kehebatan beliau sebagai seorang pemimpin utama negara daripada tutur kata dan pemikiran beliau.

Terima kasih Dato’ Seri kerana sudi bersama kami. Kami semua juga telah menjalani ujian saringan covid19 sebelum majlis bermula dan syukur alhamdulilah saringan kami semua negatif.

                                                         










Comments