WALIMATULURUS LAHAR KANDANG

Pada 5 Februari 2022, saya sempat juga menghadiri walimatulurus Ketua UMNO Cawangan Lahar Kandang, Abang Ghazali. Dua pasangan pengantin diraikan dalam majlis kenduri ini iaitu anak bongsu dan cucu beliau. Selamat pengantin baharu diucapkan kepada kedua-dua pasangan mempelai.

Dalam majlis ini juga saya dapat berjumpa orang-orang lama yang pernah menjadi Ahli Panel Penasihat Klinik ketika saya bertugas di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut dahulu.

                                      



Comments