WALKABOUT HADK 2022

Pada 19 Februari 2022, telah diadakan program walkabout sempena Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2022 di sekitar Flea Market, Stadium Darulaman bersama AADK Negeri Kedah dan AADK Daerah Kota Setar. Turut hadir bersama Puan Juzailah binti Omar, Penolong Pengarah AADK Kedah, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar.

Program ini diadakan serentak di setiap negeri seluruh Malaysia turut mendapat liputan melalui media sosial. Saya telah ditemubual sebagai ikon AADK Kedah dalam lintas langsung melalui laman FB AADK Malaysia bagi membicarakan ancaman dadah kepada masyarakat dan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap ahli komuniti. 

                                     

                                  
















Comments