ZIARAH PENGERUSI TETAP

Pada 5 Februari 2022, saya telah menziarahi Tuan Haji Ahmad bin Shafiee, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kuala Kedah. Beliau tidak dapat mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian baru-baru ini kerana keadaan kesihatan kurang mengizinkan.

Beliau merupakan tokoh yang berpengalaman luas dalam arena politik Kuala Kedah. Beliau pernah menjadi Setiausaha Bahagian dan empat kali menjadi wakil calon kepada calon Barisan Nasional ketika PRU. Beliau juga mantan imam Masjid Al-Makrufi, Taman Kota Nelayan. Jasa beliau sangat besar kepada penduduk tempatan dan politik UMNO.

Saya menyampaikan cenderahati tafsir Al-Quran sebagai tanda kenangan. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
                                      







Comments