ANUGERAH FRIENDS OF POLICE HARI POLIS KE-215

Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH CP Tuan Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah pada 25 Mac 2022 bertempat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar.

Dalam majlis ini saya telah menerima Anugerah Penghargaan ‘Friends of Police’ iaitu anugerah yang diberikan kepada orang awam yang diiktiraf peranannya dalam membantu PDRM melaksanakan khidmat dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Terima kasih PDRM Kedah atas pengiktirafan ini.

Dalam majlis ini, saya turut bertemu dengan Pengarah AADK Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan Setiausaha Agung NUTP.

Selamat Hari Polis ke-215 diucapkan kepada semua anggota PDRM yang telah bertungkus lumus dan berkorban menjaga ketenteraman negara terutamanya dalam sepanjang tempoh pandemik ini. Jasa dan bakti PDRM akan sentiasa dihargai dan disanjungi oleh rakyat Malaysia.
Semoga Sang Saka Biru terus berkibar demi kedaulatan dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta. Polis dan masyarakat berpisah tiada.

                                      




















Comments