JANGKITAN OMICRON

Syukur saya dan keluarga masih dikurniakan kesihatan yang baik selepas hampir 2 minggu berkuarantin disebabkan oleh jangkitan omicron. Alhamdulilah kami semua telah lengkap vaksin dan booster dan hanya mengalami gejala ringan, termasuk ibu mentua saya yang berumur 78 tahun dan anak-anak kecil saya yang baru saja menerima dos pertama.

Mohon maaf sekiranya sepanjang tempoh kuarantin ini saya tidak dapat memenuhi jemputan program. Harap kawan-kawan dapat jaga diri kerana sekarang covid19 ada di mana-mana dan agak sukar dielakkan ketika ini. Hanya vaksin dan booster, dengan izin Allah swt, akan melindungi kita daripada mendapat simptom yang lebih serius.



Comments