MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT PLAK BIL 1/2022

Pada 15 Mac 2022, saya telah menghadiri mesyuarat pertama Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK (PLAK). Mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini dipengerusikan oleh YBhg Dr Sabri bin Zainuddin Zainul yang merupakan mantan Timbalan Ketua Pengarah AADK.

Dalam mesyuarat ini, kami membincang dan memperakukan modul persijilan tahap 1 dan 2 untuk Program Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Program Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP) dan Program Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP).

Saya turut mencadangkan pihak AADK membangunkan satu modul latihan khas untuk menangani kes kanak-kanak yang terlibat dadah terutamanya dalam konteks pemulihan dalam komuniti. Sasaran peserta adalah pegawai-pegawai unit kanak-kanak JKM dan guru-guru kaunselor sekolah.

Satu pengalaman berharga buat saya kerana dapat berkongsi idea dan belajar daripada tokoh-tokoh hebat yang turut menganggotai lembaga penasihat ini. Antaranya adalah Prof Dr Riduan Tee bin Abdullah dari UniSZA, Prof Madya Dr Muhammad Muhsin bin Ahmad Zahari dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Prof Madya Dr Nik Salida binti Nik Saleh dari USIM.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pengarah AADK di atas kepercayaan melantik saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat PLAK.




















Comments