MTMD DAERAH KOTA SETAR BIL 1/2022

Pada 23 Mac 2022, saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Setar Bil 1/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Abdullah bin Hashim, Pegawai Daerah Kota Setar. Saya membangkitkan isu penagihan dadah di kalangan wanita dan pengabaian kanak-kanak.

Saya berpandangan isu ini harus ditangani secara bersama yang memerlukan kerjasama PDRM, AADK, JKM dan Pejabat Kesihatan Daerah. Satu platform rujukan yang lebih formal diperlukan bagi memudahcara gerak kerja bersepadu ini.

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Kedah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Kota Setar.

                                       









Comments