PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021

Perhimpunan Agung UMNO 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 19 Mac 2022. Alhamdulilah saya berkesempatan menghadirinya tanpa gagal iaitu bermula dari tahun 2010 sebagai perwakilan G7 dan sejak dari 2018 pula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Tahun ini saya juga berkesempatan bertemu sahabat-sahabat Alumni Kelab UMNO Luar Negara yang sudah sekian lama tidak berjumpa. mereka bersama-sama saya pernah menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sekitar tahun 1997-2001.

Perhimpunan kali ini istimewa kerana ia meniup semangat baharu untuk semua pemimpin jentera di setiap peringkat parti agar bersiap siaga menghadapi PRU15. Mesej yang jelas daripada pucuk pimpinan dan pembahas-pembahas yang mahukan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti. Terima kasih YB Presiden, YB Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden terutamanya YAB Perdana Menteri yang telah membuat beberapa pengumuman yang tepat pada masanya demi kebajikan rakyat.





























Comments