PROGRAM SEMBANG PETANG : KOMUNITI BEBAS DADAH 2022

Pada 28 Mac 2022, saya telah dijemput menjadi ahli panel forum Program Sembang Petang Komuniti Bebas Dadah bersama YB Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman, Exco Kesihatan Negeri Kedah, YDH DCP Dato’ Mohd Roze bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah dan Tuan Abdul Hamediee bin Ibrahim, Pengarah AADK Kedah.

Program yang diadakan di Restoran Anjung Kuala ini adalah anjuran PEMADAM Negeri Kedah dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin komuniti Kuala Kedah dan penduduk Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.

Dalam forum ini, saya menekankan betapa pentingnya pendaya upayaan komuniti sebagai kunci kejayaan pembanterasan dadah dalam masyarakat. Terima kasih PEMADAM Negeri Kedah kerana sudi menjemput saya.

                                       













Comments