PROGRAM SAPAAN KASIH KELAB TKB KEDAH

Pada 9 Mac 2022, sempena Pilihanraya Negeri Johor, Program Sapaan Kasih buat julung kalinya telah dianjurkan oleh Kelab Timbalan Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah di sekitar kawasan PDM Pontian Besar dan PDM Alsagof dalam N54 DUN Pulai Sebatang.

Program berbentuk ziarah dan pemeriksaan kesihatan ini telah melawat pesakit strok, gout, diabetes, paru-paru kronik dan warga emas yang berusia 90 tahun. Saya mengetuai pasukan saringan kesihatan membuat pemeriksaaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan memberi khidmat nasihat perubatan kepada pesakit dan keluarga.

Semoga program khidmat rakyat kami ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
                                        

























Comments