TAHNIAH BARISAN NASIONAL JOHOR

Tahniah Barisan Nasional Negeri Johor di atas kemenangan 40 kerusi di Pilihanraya Negeri semalam. Saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada dua YB baharu iaitu YB Datuk Najib Samuri, ADUN Parit Yaani dan YB Puan Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang. Kemenangan kita dalam sesuatu pilihanraya ditentukan oleh jumlah pengundi yang menyokong kita dan jumlah penyokong parti lawan yang tidak mengundi mereka,

Walaupun sumbangan saya sangat kecil dalam membantu kemenangan terutamanya di dua DUN ini, saya tetap tumpang berbangga. Saya bertolak ke Johor selepas 3 hari tamat tempoh kuarantin. Dengan berbekalkan panadol dan strepsil, terasa sangat berbaloi apabila dianugerahkan kemenangan ini. Saya juga berbangga apabila pilihanraya ini telah menjadi satu permulaan inisiatif yang baik apabila saya bersama Timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian Kedah berjaya melaksanakan program gerak kerja kempen secara bersama mewakili UMNO Kedah di DUN Pulai Sebatang.

Selamat berkhidmat buat YB semua dan tibalah masanya kini untuk berjuang bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat.









Comments