DURIAN KAHWIN

Terima kasih Prof Dr Mohamed Salleh Mohamed Said di atas kiriman istimewa novel terbaharu beliau kepada saya. Ini merupakan novel beliau yang keempat. Beliau merupakan pesara profesor dalam bidang entomologi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sangat aktif dalam penulisan buku dan artikel berkaitan taksonomi serangga dan bidang biologi. Saya telah membaca semua ketiga-tiga novel beliau sebelum ini yang memaparkan kisah tentang bidang kaji serangga dan biodiversiti, kesedaran alam sekitar dan kehidupan manusia yang bermasyarakat. Tiga novel beliau yang telah saya baca adalah Mimpi Sebuah Impian, Kumbang Tercantik dan Lynna.

Saya yakin novel ini akan mengutarakan satu lagi kisah teladan untuk menjadikan kehidupan insan lebih bermanfaat. Durian Kahwin pasti akan menjadi bahan bacaan sampingan saya dalam bulan Ramadan ini. Tahniah Prof di atas penerbitan novel terbaharu ini. Teruskanlah menulis dan berkongsi ilmu dengan kami.



Comments