ISU PENGGUNAAN GANJA DALAM PERUBATAN


Kenyataan penuh saya kepada media adalah seperti berikut:

Tindakan kerajaan untuk mengkaji manfaat ganja dalam perubatan sangat dialu-alukan. Buat masa ini, manfaat penggunaan ganja dalam perubatan sangat terhad. Jika diambil Amerika Syarikat sebagai contoh, pihak berkuasa FDA mereka hanya membenarkan penggunaan ganja untuk merawat sawan sindrom tertentu dan anoreksia di kalangan pesakit AIDS. Ubat-ubat ini mengandungi bahan CBD dan THC iaitu komponen utama ganja yang dihasilkan secara sintetik. Keberkesanan ganja untuk merawat penyakit lain terutamanya penyakit mental masih tidak dapat dibuktikan secara klinikal.

Isu yang lebih utama sebenarnya adalah jika selepas ini ganja terbukti banyak manfaatnya dalam perubatan, adakah kerajaan akan membenarkan penjualannya seperti suplemen yang boleh dijual di mana-mana?

Ganja tetap dadah, jika perlu digunakan dalam perubatan pun, biarlah pengamal perubatan bertauliah yang menjustifikasikan penggunaannya seperti mana morfin yang digunakan dalam perubatan. Ia harus kekal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dan rakyat tidak sepatutnya boleh menjual, membeli, menggunakan dan menanamnya sesuka hati atas nama perubatan.

Ini kerana ganja adalah sejenis dadah yang bersifat psikoaktif sangat cenderung untuk disalahgunakan kerana ia boleh menyebabkan penagihan kronik. Kesan buruk sosialnya sangat besar terutamanya kepada generasi muda.

Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid,
Timbalan Presiden 2,
Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM)

https://sumberkini.my/pmpm-gesa-kkm-buat-kajian-klinikal-ganja-dalam-perubatan/?fbclid=IwAR04nl73PiOeBzo04e2ho1doFNsOxi_W5kntIp-lZhlf2kZLkB3Cx8UgVAQ 

https://melakafirst.com/2022/04/08/sejauh-mana-keperluan-ganja-dalam-perubatan/?fbclid=IwAR0c-snLwXkFapkKjNdsYCMjIqb0UDre8nU6mKK0_p_pEeMOx6OogvNqN3M



Comments