LAWATAN KEBAJIKAN RELA KUBANG PASU

Pada 25 Ramadan 1443H bersamaan 27 April 2022, telah diadakan Lawatan Kebajikan Anggota RELA Daerah Kubang Pasu, En Mohd Noor bin Nyan yang kemalangan jalan raya baru-baru ini. Beliau patah kedua-dua tulang pahanya dan mengalami pendarahan usus. Syukur Alhamdulilah beliau selamat menjalani semua pembedahan dan sedang menjalani rawatan rehabilitasi.

Beliau mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isterinya pula tidak bekerja. Akibat daripada kemalangan ini, beliau dan keluarga telah hilang sumber pendapatan kerana sebelum ini beliau adalah petugas kawalan tetap RELA di Pejabat KEMAS, Malau, Jitra. Saya bersama beberapa orang Ahli Kehormat/Bersekutu RELA menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan serta duit raya untuk anak-anak beliau.

Semoga beliau sentiasa tabah dan segera sembuh. Turut melawat bersama kami adalah Puan Nur Azillah, Pegawai RELA Daerah Kubang Pasu.






Comments