MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADAN SK HAJI SALLEH MASRI

Majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga pelajar golongan asnaf SK Haji Salleh Masri, Kuala Kedah telah diadakan pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022.

Program ini adalah anjuran bersama Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar dan pihak PIBG. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Mat Shaari bin Abu Hassan, Guru Besar dan En Mohamad Badrul Shah bin Romli, YDP PIBG SK Haji Salleh Masri kerana sudi menerima kehadiran saya.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga berkenaan menjelang Aidilfitri.

                                       


















Comments