PROGRAM RAMADAN BERSAMA IKON

Pada 13 Ramadan 1443H bersamaan 15 April 2022, telah berlangsung Program Ikon bersama klien-klien AADK sempena bulan Ramadan. Program diadakan di Masjid Al-Makrufi, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.

Program anjuran AADK Daerah Kota Setar ini diadakan khas untuk memberi peluang kepada saya sebagai ikon untuk menyampaikan pengisian berbentuk motivasi kepada para klien yang hadir agar dapat mengekalkan kepulihan dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar, saya turut menjemput penglibatan mereka dalam program-program kami sebagai sebahagian daripada aktiviti pemulihan dalam komuniti.

Majlis tahlil dan berbuka puasa turut diadakan bersama ahli-ahli jawatankuasa masjid, belia-belia skuad AADK dan penduduk setempat. Semoga program ini mendapat keberkatan. Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar. Terima kasih AADK.














Comments