PROGRAM SANTUNI MASYARAKAT KAMPUNG GELONG AIR

Program Marhaban Ya Ramadan Santuni Masyarakat telah diadakan pada 6 Ramadan 1443H bersamaan 8 April 2022 bertempat di Surau Al-Ikhlas, Kampung Gelong Air, Padang Hang, Anak Bukit. Ini adalah program anjuran Majlis Belia Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Penggerak Kedah.

Program bermula dengan gotong-rotong membersihkan surau oleh pelajar-pelajar UUM, ahli-ahli persatuan belia gabungan dalam Majlis Belia Daerah dan penduduk setempat. Seterusnya mereka memasak juadah berbuka puasa bersama-sama secara kenduri kampung. Program diteruskan dengan bacaan tahlil, jamuan berbuka puasa dan berakhir dengan solat tarawih berjemaah.

Saya berkesempatan berbuka puasa bersama-sama semua hadirin. Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah yang turut sama hadir memeriahkan program. Tahniah Majlis Belia Daerah Kota Setar dan pelajar-pelajar UUM yang terlibat di atas penganjuran program ini dan sudi menyantuni masyarakat di Kampung Gelong Air dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

                                       



















Comments