ZIARAH ALOR IBUS

Pada 30 Syaaban 1443H bersamaan 2 April 2022, saya berkesempatan untuk berjoging kali terakhir pada awal pagi sebelum tibanya Ramadan.

Setelah menyelesaikan tugas di Pusat Dialisis MyAngkasa, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, saya berkesempatan menziarahi dua orang warga emas di sekitar Kampung Alor Ibus.

Mulanya saya menziarahi Pak Bakar yang retak tulang buku lalinya akibat kemalangan yang berlaku baru-baru ini ketika beliau menggunakan gergaji kayu elektrik.

Seterusnya saya menziarahi Ayahanda Haji Dat yang baru discaj dari wad selepas mengalami serangan angin ahmar minggu lalu. Alhamdulilah kesihatan beliau semakin baik. Beliau yang juga merupakan Bilal Masjid Alor Ibus, tidak sabar untuk sama-sama menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan.

Semoga mereka berdua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam suasana menyambut Ramadan yang bakal tiba.





Comments