MESYUARAT JPKK BERSAMA PEGAWAI JKM

Pada 12 Mei 2022, saya telah menghadiri mesyuarat khas bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar untuk perbincangan bagi penyediaan kertas kerja konsep ‘Jaringan Prihatin Kanak-kanak (JPKK)’. Kertas kerja ini adalah untuk dibentangkan di peringkat JKM Negeri Kedah.

JPKK adalah satu inisiatif baharu yang menggabungkan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Penasihat Mahkamah Kanak-kanak di bawah satu platform bagi menyelaras gerak kerja bersama dalam isu dan program yang berkaitan dengan kesejahteraan kanak-kanak dalam daerah.

Inisiatif ini yang dipengerusikan oleh saya telah berjalan hampir setahun dan telah berjaya mengadakan pelbagai program kerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan demi manfaat kanak-kanak. Ia juga bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Daerah Kota Setar tentang isu pembelaan dan hak kanak-kanak.







Comments