PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN ALOR MELINTANG

Program Sentuhan Kasih Ramadan Alor Melintang, Sungai Baru dalam DUN Anak Bukit telah diadakan pada 28 Ramadan 1443H bersamaan 30 April 2022. Ini merupakan siri terakhir program ini untuk bulan Ramadan tahun ini.

Penerima-penerima sumbangan program penutup ini adalah golongan asnaf dari Kampung Alor Melintang, Sungai Baru Gunong dan Taman Seri Gunong. Terima kasih diucapkan kepada semua ketua UMNO cawangan yang turut hadir bersama.

Alhamdulilah, program ini yang diadakan dengan kerjasama NGO-NGO yang saya terajui, iaitu Persatuan Profesional Dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar dan MCPF Daerah Kota Setar serta dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Setar telah menjelajah dalam 12 siri program ke seluruh Parlimen Kuala Kedah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Semoga ada rezeki lagi untuk dikongsi pada Ramadan akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang dan membantu menjayakan program murni pada bulan Ramadan kali ini.










Comments