PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN TAMAN SERI PUTRA

Program Sentuhan Kasih Ramadan Taman Seri Putra dalam DUN Kubang Rotan telah diadakan pada 27 Ramadan 1443H bersamaan 29 April 2022. Keluarga saya pernah tinggal di Taman Seri Putra ini sebelum berpindah keluar ketika saya berumur 10 tahun.

Penerima-penerima sumbangan adalah golongan asnaf dari Taman Seri Putra, Perumahan Awam, Taman Desarena, Seri Pantai, Taman Harapan dan Kampung Tepi Laut. Terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin UMNO cawangan yang turut hadir.

Selepas itu, saya singgah sebentar di rumah Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Kelunchor bagi mewakilkan beliau untuk mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam kampung beliau.














Comments