RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PEMIMPIN UMNO

Pada 14 Mei 2022, saya berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H YBhg Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Jerai, Guar Cempedak.

Selepas itu, saya singgah di Rumah Terbuka Aidilfitri YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar. Program ini dihadiri oleh ramai pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negeri Kedah. Meriah sekali jamuan hari raya ini. 









Comments