ZIARAH KASIH BERSAMA KETUA PENGARAH ICU

Pada 14 Mei 2022, program pertama saya sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah adalah bersama YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Program ziarah kasih di sekitar Kampung Tepi Laut dan Taman Seri Putra merupakan pelaksanaan inisiatif i-Care4U iaitu projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik bagi Parlimen Kuala Kedah. Rumah daif yang dilawati akan dibaiki, ketua isi rumah atau ahli keluarga dibantu dengan diberi peluang berniaga atau pekerjaan yang sesuai dan anak-anak yang tercicir akan dimasukkan kembali ke sekolah. Semua ini dibuat demi meningkatkan pendapatan keluarga dan memastikan masa hadapan yang lebih baik.
Sumbangan barangan dapur, wang tunai dan peralatan sekolah turut disampaikan di setiap rumah, yang dilawati secara konvoi motosikal.

Turut bersama Tuan Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Strategik ICU, Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah Pembangunan Negeri Kedah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.
































Comments