PERJUMPAAN KHAS PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Pada 3 Jun 2022, saya telah mengadakan perjumpaan khas bersama Ketua Pemuda dan barisan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Pemuda merupakan satu jentera yang sangat penting dalam sesebuah parti politik. Saya menerangkan halatuju dan peranan yang boleh dimainkan oleh Pemuda dalam gerak kerja menuju PRU15.

Dalam perjumpaan ini juga, saya telah mengumumkan Bendahari Pemuda iaitu Saudara Mohd Shahbani bin Abu Bakar adalah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah yang baharu dan seterusnya menyampaikan surat perlantikan kepada beliau. Ini adalah satu pengiktirafan kepada kepimpinan Pemuda di atas kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan selama ini.

                                   








Comments