PROGRAM LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL

Pada 29 Mei 2022, Mesyuarat Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah Bil 1/2022 telah diadakan setelah sekian lama tidak dijalankan secara bersemuka. Kami membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan pesakit dan aduan yang diterima. Semua isu dapat diselesaikan dengan kerjasama yang sangat baik daripada pihak pengurusan hospital.

Selepas itu, diadakan program penyampaian pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan kit ujian kendiri covid-19 anjuran Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah. Saya bersama Ahli-ahli Lembaga Pelawat yang lain mengedarkan set perlindungan covid-19 ini kepada pesakit dan ahli keluarga mereka di ruang menunggu klinik pakar, farmasi dan jabatan kecemasan hospital.













Comments