BICARA MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Pada 26 Julai 2022, saya telah menghadiri Program Bicara Muzium Kota Kuala Kedah yang menampilkan dua tajuk iaitu “Pelabuhan dan Perkapalan Kedah Sebelum Zaman Moden” dan “Perdagangan Kedah Sejak Awal Masihi Hingga Kurun Ke-16 : Satu Analisis”.

Program ini merupakan pengisian ilmu tentang sejarah Kerajaan Kedah Tua yang sangat menarik dan relevan untuk masyarakat di Kuala Kedah khususnya dan di Kedah umumnya.

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan Muzium Kota Kuala Kedah kerana sudi menjemput saya.

                                        










Comments