IBADAH SEPENUH MASA

Alhamdulilah pada 18 Jun 2022, sudah masuk hari ke-6 kami berada di kota suci Mekah Al-Mukarramah. Umrah dan tawaf qudum juga telah selesai kami laksanakan. Buat masa ini, Masjidil Haram semakin dibanjiri oleh para jemaah haji dari seluruh dunia.

Satu perkara luar biasa adalah apabila melihat semua orang berpusu-pusu mengambil peluang untuk beribadah di sini kerana ganjarannya sangat besar. Setiap solat dan ibadah yang dikerjakan di sini akan diberi ganjaran pahala 100 ribu kali ganda oleh Allah swt. Maka tidak hairanlah untuk solat Jumaat, ada jemaah sanggup datang tiga jam lebih awal untuk mendapatkan tempat solat yang lebih selesa. Seperkara lagi, solat dengan Kaabah kelihatan di hadapan mata juga memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Kehidupan di sini semuanya disusun atur bagi memenuhi masa antara waktu ibadah kerana matlamat utama hanyalah mahu memperhambakan diri kepada Allah swt. Pemikiran kita mesti sentiasa positif dan bersangka baik terhadap apa yang berlaku. Inilah kunci kebahagiaan dunia yang harus dipraktikkan walau di mana saja kita berada.

                                       











Comments