IBADAH WUKUF

Pada 8 Julai 2022 bersamaan 9 Zulhijah 1443H (mengikut perkiraan takwim Arab Saudi), saya dan isteri telah selesai melaksanakan ibadah wukuf di Padang Arafah bersama para jemaah haji yang lain. Saya sebagai Sahabat Maktab Medik juga berpeluang untuk berkhidmat di Klinik Maktab 49 bersama petugas-petugas perubatan Tabung Haji dan tidur di situ bagi membantu jemaah-jemaah haji yang memerlukan rawatan perubatan sepanjang masa. Ada seorang jemaah yang kritikal telah berjaya distabilkan dan dirujuk ke Hospital Arafah untuk rawatan lanjut. Kami dimaklumkan keadaan beliau semakin baik.

Setelah selesai berwukuf, saya bersama ribuan jemaah haji Malaysia telah bermabit di Muzdalifah. Dengan hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit di sini, ia adalah satu masa yang bertepatan untuk setiap jemaah bermuhasabah diri masing-masing. Dua hari yang mencabar ini berakhir dengan perjalanan ke Mina untuk ibadah melontar jamrah pula.

Pengalaman beribadah di Arafah dan Muzdalifah ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan menguji kesabaran kita. Semoga segala doa kita yang telah dipanjatkan akan dimakbulkan oleh Allah swt.

                                                       
















Comments