LAWATAN RETAJ KITCHEN

Pada 27 Jun 2022, kami Sahabat Maktab 49 telah dibawa oleh pihak Tabung Haji untuk melawat Retaj Kitchen iaitu dapur yang menyediakan sajian makanan untuk ribuan jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji ini. Pihak kami diberi taklimat oleh Tuan Haji Rashidi, Pengurus Katering TH Travel and Services.

Sajian ini dimasak sendiri oleh chef-chef dari Malaysia. Salah seorangnya adalah Chef Azhar iaitu anak jati Kedah yang berasal dari Jitra. Satu cabaran buat mereka untuk menyediakan menu hidangan dengan bekalan mentah yang berbeza dengan tanahair bagi memenuhi cita rasa orang Melayu para jemaah haji. Walaupun begitu, hidangan yang disediakan ini tetap lazat dengan memenuhi keperluan diet seimbang dan standard kesihatan yang ditetapkan.

                                   
















Comments