MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Satu perjumpaan telah diadakan bersama Puan Roziati binti Ibrahim, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah dan pegawai- pegawai SKM. Tujuan perjumpaan ini adalah bagi saya mendengar taklimat berkenaan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MPUK). Sebenarnya saya telah dilantik oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Pengerusi MPUK Parlimen Kuala Kedah bulan lalu ketika saya masih berada di tanah suci.

Selepas ini, saya akan melantik beberapa orang wakil NGO, wakil usahawan, wakil koperasi dan wakil kementerian/agensi kerajaan bagi menganggotai majlis ini bagi membantu dalam usaha pembangunan usahawan dan pengembangan aktiviti koperasi di Parlimen Kuala Kedah.

Insya Allah, program pertama dalam perancangan adalah Jualan Harga Patut iaitu penjualan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah. Inisiatif ini akan dianjurkan di kawasan luar bandar bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat di kampung dalam menangani kos sara hidup tetapi juga membantu para usahawan koperasi yang terlibat.





Comments