PERJUMPAAN KETUA ROMBONGAN HAJI MALAYSIA

Pada 2 Julai 2022, telah berlangsung Program Perjumpaan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1443H, YBhg Dato’ Sri Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman bersama jemaah haji Malaysia Maktab 49 di Hotel Qasr Al-Janadriyah. Dalam ucapan, beliau menekankan dua elemen utama yang penting dalam mendapatkan haji yang mabrur iaitu sifat syukur dan sabar.

Selepas itu, beliau yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji telah merasmikan pelancaran aplikasi TH Hujjaj yang bertujuan untuk memberi informasi kepada para jemaah haji tentang pengurusan haji dan komunikasi secara interaktif tentang urusan ibadat haji.

Pada akhir pertemuan, kami Sahabat Maktab 49 sempat bergambar kenangan bersama Dato’ Sri.
                                      











Comments