PROGRAM BN KEDAH BERSAMA TIMBALAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL

Sekembalinya saya dari tanah suci pada petang 22 Julai 2022, saya selaku Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah mengetuai Biro Politik UMNO Bahagian Kuala Kedah menghadiri sesi libaturus bersama YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pusat merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Jadual pertemuan kami yang asalnya dijadualkan pada jam 11 malam hanya bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir jam 1pagi. Dalam pertemuan ini, kami memberi laporan tentang persediaan kami dalam menghadapi PRU15.

Pada keesokan pagi 23 Julai 2022 pula, saya menghadiri Mesyuarat Barisan Nasional & Friends Of BN Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Seterusnya pada petang 23 Julai 2022, saya menerima watikah-watikah perlantikan pengerusi-pengerusi PDM Parlimen Kuala Kedah dalam Program Perjumpaan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dengan Jentera Pilihanraya PDM-PDM Seluruh Negeri Kedah.

Oleh itu, bermula dari pagi 21 Julai, saya mengerjakan tawaf wada’ dan bertolak balik ke Malaysia dari lapangan terbang Jeddah sehingga berakhirnya program pada 23 Julai 2022, adalah tempoh tiga hari yang memenatkan, tetapi sangat berbaloi.

                                        





















Comments