ZIARAH MADINAH AL-MUNAWARRAH

Syukur Alhamdulilah, pada 13 Jun 2022, saya dan isteri telah selesai urusan ibadah dan ziarah di Kota Madinah. Saya telah sampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dan berdoa untuk kawan-kawan semua.

Dalam program ziarah, kami berkesempatan melawat kawasan perkuburan Baqi’, Masjid Quba’, Masjid Khandak, Bukit Uhud dan Ladang Kurma Majeed. Program ini diselia dengan amat baik oleh pihak Tabung Haji dan Saudara Muiz, pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Madinah menjadi pemandu pelancong yang sangat informatif.

Insya-Allah, pada tengah hari ini, dengan berpakaian ihram, kami akan berangkat ke Kota Mekah pula untuk mengerjakan ibadah umrah dan seterusnya haji nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan kami.

                                       





























Comments