HARI POTENSI KEMAS PARLIMEN KUALA KEDAH 2022

Pada 9 Ogos 2022, saya telah merasmikan Hari Potensi KEMAS Parlimen Kuala Kedah 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Enam acara dipertandingkan pada tahun ini dan tadika KEMAS dari DUN Anak Bukit menjadi juara keseluruhan.

Penyertaan program melibatkan kanak-kanak pelajar dari 58 buah tadika KEMAS dari seluruh Parlimen Kuala Kedah. Dalam ucapan saya menyarankan kepada ibu bapa dan waris yang hadir agar memperbanyakkan aktiviti-aktiviti fizikal anak-anak yang bercorak pemupukan kreativiti dan imaginasi serta mengurangkan penggunaan gajet. Di samping itu, aktiviti sukan dapat menggalakkan kemahiran sosial dan memberi memori indah dalam kehidupan mereka.

Meriah sangat program ini setelah tidak dianjurkan selama 2 tahun kerana pandemik. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

                                       































Comments