INISIATIF PROGRAM HIJRAH ILMU

Pada 23 Ogos 2022, satu mesyuarat telah diadakan antara Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar bersama Kolej Komuniti Sik yang diketuai oleh Pengarahnya, En Mohd Ariff Fahmi bin Md Noor. Turut hadir bersama Ketua Pegawai AADK Kota Setar.

Perbincangan berkisar tentang inisiatif kerjasama Program Hijrah Ilmu. Program ini adalah satu usaha untuk mencari klien-klien AADK lulusan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti. Untuk fasa pertama kami akan mengenalpasti 10 orang klien yang sesuai bagi menyambung pembelajaran dalam bidang kemahiran pemprosesan makanan di Kolej Komuniti Sik.

Ini adalah satu inisiatif bagi mengekalkan kepulihan mereka dan demi menjanjikan masa depan yang lebih baik buat mereka.






Comments