KARNIVAL MINI #UNTUKRAKYAT PARLIMEN KUALA KEDAH SIRI 1

Karnival Mini #UntukRakyat Parlimen Kuala Kedah berlangsung di destinasi pertama di DUN Pengkalan Kundor iaitu di Masjid Kuala Kangkong pada 20 Ogos 2022.

Program ini adalah inisiatif Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Kedah yang saya pengerusikan dalam membantu menangani kos sara hidup masyarakat setempat selain membantu golongan usahawan dan koperasi.

Antara program yang diadakan adalah jualan harga patut untuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan telur. Barangan ini dijual oleh usahawan koperasi dan diberi sedikit subsidi yang ditanggung oleh pihak MPUKP untuk menjadikan harganya lebih murah. Selain itu, saringan kesihatan percuma, kaunter PDRM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan pertandingan memancing turut diadakan.

Program dimeriahkan juga dengan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K anjuran Unit Kanak-kanak JKM serta edaran bubur asyura.

                                        
































Comments