KARNIVAL MINI #UNTUKRAKYAT PARLIMEN KUALA KEDAH SIRI 2

Pada 27 Ogos 2022, saya telah menyempurnakan perasmian Karnival Mini #UntukRakyat Parlimen Kuala Kedah berlangsung di destinasi kedua di DUN Anak Bukit iaitu di Masjid Sungai Baru Tengah.

Program ini adalah inisiatif Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Kedah yang saya pengerusikan dalam membantu menangani kos sara hidup masyarakat setempat selain membantu golongan usahawan dan koperasi.

Antara program yang diadakan adalah jualan harga patut oleh Koperasi Masjid Aman, program berzanji, penyampaian surat perjanjian TEKUN, kaunter Suruhanjaya Koperasi Malaysia, program pencegahan AADK dan peraduan mewarna kanak-kanak.

                                        






















Comments