MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI JKM DAERAH

Majlis perpisahan En Shahrin Nizar bin Azudin, mantan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar telah diadakan pada 21 Ogos 2022. Beliau kini telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke Pulau Pinang sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Program ini anjuran Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar yang dianggotai Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan Penasihat Mahkamah Kanak-kanak turut meraikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah yang baharu, Puan Siti Zaharah binti Sulaiman.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada En Shahrin di atas segala jasa dan khidmat bakti selama 5 tahun kepada warga Daerah Kota Setar. Sumbangan beliau sangat besar terutamanya dalam menguruskan bantuan kepada rakyat sepanjang tempoh pandemik. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Selamat maju jaya di tempat bertugas yang baharu.

                                    










Comments