MESYUARAT JARINGAN PRIHATIN KANAK-KANAK BIL 2/2022

Pada petang 15 Ogos 2022, saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar Bil 2/2022.

Kami bersetuju untuk menjenamakan semua program selepas ini sebagai Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K yang meliputi pelbagai pengisian iaitu dari aspek perlindungan, kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.

Terima kasih Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar yang baharu, kerana turut hadir bersama. Ini merupakan hari pertama beliau di sini.

                                     








Comments