MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH BIL 2/2022

Pada malam 16 Ogos 2022, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah Bil 2/2022. Banyak perkara dibincangkan yang kebanyakannya berkaitan persediaan persidangan tahunan cawangan dan gerak kerja PRU15.

Dalam mesyuarat ini juga, saya telah mengumumkan perlantikan empat orang Ahli Jawatankuasa Bahagian yang baharu bagi memenuhi kuota AJK lantikan yang berumur bawah 30 tahun. Mereka yang dilantik adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin belia dan mantan pemimpin mahasiswa sebagai usaha meremajakan parti dan sebagai pelapis kepimpinan akan datang. Mereka diberi misi untuk meningkatkan sokongan golongan muda terutamanya pengundi kali pertama kepada parti.












Comments