MESYUARAT LEWAT MALAM DI ANAK BUKIT

Pada malam 12 Ogos 2022, saya menghadiri dua mesyuarat sehingga lewat malam. Mulanya saya bermesyuarat bersama Imam dan Jawatankuasa Masjid Alor Melintang, Anak Bukit. Kemudian saya bersama Jawatankuasa KRT Kampung Sungai Baru Gunong.

Saya menyampaikan taklimat tentang isu-isu gejala sosial terutamanya penyalahgunaan dadah yang sedang berlaku di kawasan sekitar dan perancangan program pencegahan yang bakal dilaksanakan. Ternyata semua Ahli Jawatankuasa KRT dan masjid ini sangat komited dan prihatin terhadap permasalahan masyarakat setempat.







Comments