PROGRAM BUBUR ASYURA JKPD DI TAMAN DESARINA

Program bubur asyura bertempat di Taman Desarina, Kuala Kedah anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar telah diadakan pada 15 Ogos 2022.

Program ini selain dikendalikan oleh penduduk setempat, juga melibatkan penyertaan klien-klien AADK yang turut sama menyediakan sajian bubur asyura ini. Semoga program sebegini dapat mempercepat proses mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Terima kasih Tuan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan kakitangan beliau, Pengerusi GPMS Kedah, kepimpinan Skuad AADK dan Majlis Belia Daerah yang turut hadir memeriahkan program.

                                      















Comments