PROGRAM SAHABAT BIJAK DAN BUBUR ASYURA TELOK BAGAN

Pada 13 Ogos 2022, telah berlangsung Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K anjuran Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar dengan kerjasama Unit Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar di Kampung Luar, Telok Bagan. Program adalah bersempena Majlis Bubur Asyura anjuran KRT Telok Bagan. Saya bersama Penasihat Mahkamah Kanak-kanak, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hadir dengan menyampaikan mesej ‘safe and protect’ iaitu pelihara dan lindungi anak-anak kita kepada para hadirin. Saya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz pengetahuan am.

Selepas itu, saya bersama anak-anak kariah Masjid Al-Irsyad Telok Bagan telah terlibat dalam Program Bubur Asyura. Turut hadir bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Seterusnya saya bergegas ke Program Sayembara Apresiasi Puisi sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar. Tahniah kepada semua penyajak yang berjaya menunjukkan persembahan yang membanggakan. Program puisi sebegini penting bagi menghidupkan nilai kemanusiaan dan jatidiri dalam jiwa para belia kita.












Comments