SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 KEMAS PARLIMEN KUALA KEDAH

Tanggal 31 Ogos 2022, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 KEMAS Parlimen Kuala Kedah telah berlangsung dengan meriah sekali di Pusat Rekreasi Gunung Keriang.

Saya menyampaikan ucapan kemerdekaan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang perbarisan dan pakaian merdeka terbaik. Kesungguhan anak-anak tadika bersama guru dan ibu bapa mereka dalam membuat persiapan amat wajar dipuji.

Suasana pagi yang nyaman dan keindahan Gunung Keriang sangat ideal dalam meniup semangat patriotisme anak-anak ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah yang turut hadir.

                                          



































Comments